Terima Kasih.
FALSAFAH
PENDIDIKAN NEGARA
Falsafah Pendidikan Negara adalah suatu
usaha berterusan
ke arah lebih memperkembangankan
potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warga Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran
keluarga, masyarakat dan Negara.
VISI SEKOLAH
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik
Negara Sejahtera
VISI PSS
PSS SK
Batu 48 cemerlang dalam menjana generasi gemilang yang berbudaya ilmu dan
berkemahiran maklumat menjelang tahun 2017
MISI SEKOLAH
Melestarikan
Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk
Membangunkan
Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
MISI PSS
E. PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH
Menjadikan Pusat Sumber Sekolah pusat penyebaran ilmu dan
maklumat serta mewujudkan pengalaman belajar sebagai laluan intelektual bagi
melahirkan insan yang berpengetahuan, bersahsiah dan mengamalkan budaya belajar
sepanjang hayat.
MOTO PSS
”Pusat Sumber Elit dan Gemilang 2017”
B. ORGANISASI PUSAT SUMBER SEKOLAH
|
|
CARTA ORGANISASI INDUK
PUSAT SUMBER SEKOLAH SK BATU 48
TAHUN 2017
PENGERUSI
Pn Azizon Binti Saad
Guru Besar SK Batu 48
PENYELARAS KURIKULUM
En Rusmadi Bin Abdullah
PK1
GURU PERPUSTAKAN MEDIA
Pn Norazimah Binti Ab Ghani
SETIAUSAHA/JK PERPUSTAKAAN
Pn Rohani Binti Mohd Noor
PENYELARAS ICT & LAMAN WEB SEKOLAH
Pn Wan Ismahira Binti Wan Ab Majid
JK
KECIL
KAMPUS ASTRO
Pn Siti Sara Binti Ismail
NILAM
Pn Rohana Binti Abd Hamid
SAL
Pn Asmah Binti Yusof
BBM
Pn Nur Aisyah Yeo Binti Abdullah
BANK SOALAN
Pn Faridah Binti Harun
MBMMBI
Pn Zawibah Binti Ali
Pn Rubiah Binti Mohamad
Pn Siti Sara Binti Ismail
NILAM
Pn Rohana Binti Abd Hamid
SAL
Pn Asmah Binti Yusof
BBM
Pn Nur Aisyah Yeo Binti Abdullah
BANK SOALAN
Pn Faridah Binti Harun
MBMMBI
Pn Zawibah Binti Ali
Pn Rubiah Binti Mohamad
C. PENTADBIRAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
- BIDANG TUGAS JAWATANKUASA INDUK PSS
1. Merancang kewujudan PSS dan merangka peranan,
kepentingan dan strategi perkembangannya.
2. Mengurus sumber kewangan PSS.
3. Mengagih dan menyelaras peruntukan dalam
pembelian bahanbahan PSS seperti bahan cetak (buku dan lain-lain), media dan
bahan pengajaran dan pembelajaran.
4. Memperakukan anggaran perbelanjaan mengurus
PSS yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kerja.
5. Merancang aktiviti dan jadual tahunan PSS.
6. Merangka strategi perkembangan PSS iaitu
membuat unjuran mengenai keperluan di masa akan datang.
7. Merancang untuk mendapatkan bantuan daripada
pihak-pihak tertentu dalam menguruskan PSS.
- BIDANG TUGAS PENGERUSI (PENGETUA/GURU BESAR)
1. Bertindak sebagai ketua pentadbir, pengurus
dan mempengerusikan mesyuarat AJK Induk PSS.
2. Memastikan PSS bergerak dengan berkesan
selaras dengan objektif yang dirancang.
3. Membentuk dasar yang praktikal mengenai
perkhidmatan PSS di sekolah.
4. Merancang mendapatkan alat serta
kemudahan-kemudahan lain untuk memenuhi keperluan PSS yang progresif.
5. Menyediakan kursus-kursus dalam perkhidmatan
bagi guru-guru yang berminat, berbakat dan memerlukan.
6. Meluluskan belanjawan tahunan PSS.
7. Membuat penilaian yang berterusan terhadap
kegiatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber di sekolah.
8. Menjalinkan hubungan erat dengan agensi-agensi
luar khususnya PKG, PSPN dan BTP untuk meningkatkan kemajuan PSS.
9. Menggalakkan guru-guru dan para pelajar
menggunakan bahan-bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui PSS
merentasi Kurikulum.
- BIDANG TUGAS NAIB PENGERUSI
(PENOLONG KANAN TADBIR DAN KURIKULUM)
1. Bertanggungjawab kepada Pengetua/Guru Besar
dalam semua aspek pentadbiran dan pengurusan PSS.
2. Merancang pembangunan sumber manusia PSS dan mengemukakannya
kepada Jawatankuasa Induk PSS.
3. Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja.
4. Memantau Program Jangka Panjang bersama AJK
PSS.
5. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh
Pengetua/Guru Besar dari semasa ke semasa.
6. Memilih dan melantik guru-guru PSS bersama
Setiausaha.
- BIDANG TUGAS GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA
1. Merancang dan mengajar Kemahiran Maklumat
antara 6 hingga 8 waktu seminggu.
2. Merancang dan melaksanakan dasar serta program
tahunan PSS bersama-sama pengetua/guru besar, kakitangan PSS, guru dan pelajar
sekolah
3. Merancang dan mengurus belanjawan tahunan PSS
bersama AJK Kurikulum sekolah.
4. Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi
yang komprensif, seimbang dan kemaskini.
5. Merancang dan melaksanakan perkhidmatan PSS
yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
6. Merancang dan mengurus program pembacaan
(Program NILAM) dan pembudayaan ilmu.
7. Merancang, melaksana dan menyelaras program
pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan PSS.
8. Merancang dan mengurus program promosi PSS.
9. Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber.
10. Berhubung dan bekerjasama dengan PSPN/PKG
Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program PSS.
11. Menyelia dan mengurus bahan-bahan PSS
12. Menyedia dan mengedar minit mesyuarat JK
Induk/Kerja PSS.
13. Memantau dan mengawal selia pelaksanaan
program PSS.
14. Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori
peralatan PSS.
15. Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan
Perpustakaan/PSS Negeri.
16. Menjalankan penyelidikan/kajian tindakan
berhubung dengan perkhidmatan PSS.
17. Menyediakan laporan serta analisis
pelaksanaan pembangunan, pengurusan, program dan aktiviti serta kewangan PSS.
18. Menghantar data dan laporan pelaksanaan
Program PSS khasnya Laporan PSS dan NILAM kepada BTP melalui PKG dan PSPN pada bulan
Oktober setiap tahun.
- BIDANG TUGAS GURU-GURU PERPUSTAKAAN
1. Membantu Guru Perpustakaan/Media dalam
pengurusan dan pentadbiran PSS.
2. Mengelas,merekod dan mengkatalog koleksi bahan
perpustakaan.
3. Membaikpulih, menyemak dan menghapuskira
koleksi perpustakaan.
4. Mewujudkan suasana perpustakaan yang kondusif
untuk menarik minat pelajar dan guru-guru menggunakan perpustakaan.
5. Menyediakan rancangan pembangunan fi zikal,
perabot dan koleksi bahan.
6. Menjalankan promosi aktiviti perpustakaan.
7. Mengadakan orientasi penggunaan PSS kepada
pelajar-pelajar baru.
8. Mempamerkan koleksi bahan-bahan baru yang
diterima untuk makluman guru dan pelajar.
9. Mengatur jadual waktu penggunaaan perpustakaan
mengikut keperluan di sekolah.
10. Memberi khidmat nasihat kepada pihak yang
memerlukan.
11. Menjalankan kerja menyemak stok pada hujung
tahun.
12. Membantu Guru Perpustakaan/Media melaksanakan
tugas-tugas PSS dari semasa ke semasa.
- BIDANG TUGAS GURU KAMPUS ASTRO
1. Membantu Guru Perpustakaan Media PSS dalam
pengelolaan, pentadbiran dan mengurus PSS.
2. Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang
oleh Jawatankuasa Induk.
3. Menyedia dan menyelaras Jadual Waktu TVP.
4. Menyedia dan memastikan guru-guru merekod
penggunaan bilik dan bahan media.
5. Membuat penilaian terhadap program TVP dari
semasa ke semasa.
6. Menyediakan laporan tahunan penggunaan TVP.
7. Memberi pendedahan dan latihan mengenai
penggunaan Media Teknologi di PSS kepada warga sekolah.
8. Mengurus dan mengelolakan usaha-usaha produksi
dan rakamsalin sumber-sumber perisian media teknologi di PSS.
9. Bertanggungjawab dalam penyusunan perkakas dan
perisian media teknologi di PSS.
10. Membuat penilaian mengenai perkhidmatan dan
penggunaan bahan teknologi di PSS.
11. Mengenalpasti dan mencadangkan alat/teknologi
baru yang sesuai untuk kegunaan sekolah.
12. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarah
oleh Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum dari semasa ke semasa.
- BIDANG TUGAS KETUA BIDANG / KETUA PANITIA
1. Merancang pembudayaan penggunaan teknologi
pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan para pelajar di sekolah.
2. Menyebarkan maklumat terkini tentang teknologi
pendidikan kepada semua guru untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
3. Membantu AJK PSS dalam memilih bahan
pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian untuk kegunaan pelajar.
4. Membantu dan merancang agar guru-guru dapat
membina bahan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pendekatan yang
sistematik.
5. Menilai keberkesanan alat dan media pengajaran
yang dibeli ataupun yang dihasilkan sendiri.
6. Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan
dengan PSS yang diarahkan oleh pihak pentadbiran sekolah.
- TUGAS JAWATANKUASA KERJA PSS
1. Melaksanakan semua program PSS yang dirancang
oleh AJK Induk.
2. Menyediakan anggaran perbelanjaan pengurusan
dan pembangunan PSS.
3. Memohon anggaran perbelanjaan tahunan PSS
untuk dimajukan ke Jawatankuasa Induk.
4. Menyediakan laporan tahunan PSS.
5. Merancang dan melaksanakan program
perkembangan warga sekolah.
6. Menyediakan khidmat nasihat dan kepakaran
kepada pihak yang memerlukan.
7. Menggalakkan guru dan pelajar menggunakan
pelbagai teknologi pendidikan yang terdapat di PSS.
8. Bertindak sebagai penghubung antara pihak
sekolah dengan agensi - agensi kerajaan dan swasta dalam perkara-perkara yang
berkaitan dengan aktiviti PSS.
D. PERATURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
- PERATURAN-PERATURAN PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN
1. Disiplin
• Pelajar diminta senyap apabila memasuki
perpustakaan.
• Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau
memulangkan buku.
• Pelajar tidak dibenarkan makan, minum, tidur
dan bermain di dalam
perpustakaan.
• Pelajar tidak dibenarkan membuka dan menutup
suis-suis serta
mengubah kedudukan kerusi meja di dalam
perpustakaan tanpa
kebenaran penyelaras PSS.
• Pelajar dikehendaki duduk di tempat-tempat yang
disediakan dan
tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak, pintu dan
kaunter.
• Pelajar dikehendaki memasukkan kembali kerusi
ke bawah meja
dengan kemas selepas digunakan.
• Pelajar tidak boleh mengadakan mesyuarat atau
perjumpaan di
dalam perpustakaan tanpa kebenaran penyelaras
PSS.
• Pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan
semasa sesi
pembelajaran tanpa diiringi guru.
• Pelajar dikehendaki meletakkan beg, fail dan
sebarang bahan dari
luar di tempat yang disediakan.
• Tindakan boleh diambil kepada pelajar-pelajar
yang melanggar
peraturan perpustakaan.
2. Bahan-Bahan
• Tindakan akan dikenakan kepada pelajar-pelajar
yang melakukan
sebarang kerosakan dengan cara membayar ganti
rugi.
• Segala bahan yang telah digunakan hendaklah
dikembalikan
ke tempat asal dan tidak dibenarkan dibawa keluar
dari
perpustakaan.
3. Pakaian
• Pakaian mestilah kemas dan bersesuaian sewaktu
berada dalam
Perpustakaan.
• Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain
pakaian sekolah tidak
dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke
perpustakaan.
- PERATURAN-PERATURAN PENGGUNAAN BILIK TAYANG
1. Disiplin
• Pelajar diminta senyap apabila memasuki bilik
audiovisual.
• Pelajar tidak dibenarkan makan, minum, tidur di
dalam bilik audio- visual.
• Pelajar tidak dibenarkan membuka dan menutup
suis televisyen,
video, pemain VCD, radio atau peralatan lain serta mengubah
kedudukan peralatan ini tanpa kebenaran.
• Pelajar dikehendaki menyusun semula kerusi meja
sebelum
meninggalkan bilik ini.
• Pelajar tidak dibenarkan masuk ke bilik-bilik
media semasa sesi
pembelajaran tanpa kebenaran guru.
• Pelajar dikehendaki meletakkan beg, fail, dan
semua bahan dari
luar di tempat yang disediakan.
• Tindakan boleh diambil kepada pelajar-pelajar
yang melanggar
peraturan bilik media.
2. Bahan-Bahan Bilik Tayang
• Sebarang perisian seperti cakera padat, kaset,
pita video dan lainlain
tidak boleh dimainkan tanpa kebenaran Guru
Perpustakaan Media.
• Segala perisian di dalam bilik audiovisul tidak
boleh dibawa keluar
dari bilik tersebut tanpa pengetahuan Guru
Perpustakaan Media.
3. Pakaian
• Pakaian mestilah kemas dan bersesuaian sewaktu
berada dalam
bilik media.
• Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain
pakaian sekolah
adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk
ke bilik media.
- PERATURAN PENGGUNAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) UNTUK GURU
1. Guru-guru perlu mengisi Buku Penggunaan Bilik
semasa menggunakan bilik Pusat Sumber(Perpustakaan, Bilik Media, Bilik
Komputer, Bilik SAL, Bilik ABM).
2. Guru-guru pengiring perlu mengawal disiplin
pelajar di dalam PSS.
3. Sebarang tempahan penggunaan bilik perlu
dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum hari penggunaan.
4. Semua peminjaman bahan dan buku perlu dibuat
di bawah pengawasan Pengawas PSS bertugas, Guru PSS atau Guru Perpustakaan dan
Media.
5. Guru-guru perlu memastikan semua suis ditutup
dengan elok dan bilik dikunci selepas menggunakan bilik PSS.
6. Sebarang kerosakan peralatan perlu dimaklum
dan direkodkan.
7. Pastikan bilik dalam keadaan asal, bersih dan
kemas sebelum
meninggalkannya.
- PERATURAN PENGGUNAAN BILIK SAL (SELF ACCESS LEARNING)
1. Pelajar dilarang masuk ke Bilik SAL sebelum
ketibaan guru.
2. Semua beg, makanan dan minuman tidak boleh
dibawa masuk ke
dalam bilik.
3. Semasa berada di bilik pelajar hendaklah
sentiasa mematuhi arahan guru.
4. Penggunaan peralatan hanya dibenarkan dengan
arahan guru.
5. Laporkan kerosakan peralatan kepada guru.
6. Sentiasa patuhi segala peraturan yang telah
ditetapkan.
7. Pastikan bilik dalam keadaan asal, bersih dan
kemas sebelum
meninggalkannya.
- PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL KOMPUTER & ICT
1. Pengguna ICT mesti mendapat kebenaran daripada
penyelaras bilik ICT.
2. Guru-guru perlu menempah terlebih dahulu bilik
ICT dengan menggunakan jadual tempahan yang telah ditampal.
3. Catatkan maklumat penggunaan bilik selepas
digunakan ke dalam buku rekod penggunaan yang disediakan.
4. Guru dan pelajar tidak dibenarkan mengubah
kedudukan komputer dan segala peralatan yang terdapat di dalam bilik.
5. Tinggalkan beg dan kasut di luar bilik sebelum masuk.
6. Pelajar dilarang sama sekali membawa makan dan
minuman ke dalam bilik.
7. Tutup semua suis lampu, kipas dan alat
penghawa dingin selepas digunakan.
- PERATURAN BAHAN BANTU MENGAJAR
1. Pinjaman terhad kepada guru sahaja.
2. Bahan-bahan yang dipinjam hendaklah diambil
dan dipulangkan oleh
guru yang bertanggungjawab selepas
menggunakannya.
3. Urusan pinjaman dan pemulangan hanya boleh
dilakukan dengan
guru/Pengawas Bilik Media/Guru Perpustakaan
Media.
4. Semua urusan mesti direkodkan dalam buku rekod
yang disediakan.
5. Pengguna bertanggungjawab menjaga keselamatan
bahan pinjaman,
sebarang kerosakan dan kehilangan bahan mesti
diganti.
6. Laporkan kerosakan alatan yang digunakan
kepada Guru Perpustakaan
Media.
7. BBM hendaklah dipulangkan pada hari yang sama.
Pinjaman yang
lewat dipulangkan akan dikenakan denda mengikut
kadar yang
ditetapkan.
8. Bahan yang dikembalikan hendaklah diletakkan
di tempat asal.
CARTA ORGANISASI PENGAWAS PUSAT SUMBER TAHUN 2017
PENASIHAT
Pn Norazimah Binti Ab Ghani
(Guru Perpustakaan dan Media)
PENGERUSI
Nurul Syazwani binti Ahmad Shuhaimi
NAIB PENGERUSI
Puteri Nur Batrisya Binti Rosli
SETIAUSAHA
Siti Nur Batrisya Binti Muhd Rushdi
NAIB SETIAUSAHA
Sarah Nasuha Binti Mohd Sofian
BENDAHARI
Nur Atiqa Safia binti Osman
NAIB BENDAHARI
Damia Elisa Binti Shamsunizam
AHLI JAWATANKUASA
Che Ku Qurratutaqiah Sherilya Binti Cheku Azman
Muhammad Iyyad Bin Ishak
Muhammad Nadiy Asyraf Bin Nordin
Nor Aisya Sofea Binti Mohd Shahdan
No comments:
Post a Comment