Saturday, 29 April 2017

PROGRAM KEM MEMBACA 1MALAYSIA
PERINGKAT SK BATU 48
PADA 4 - 6 APRIL 2017

Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) merupakan satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia dijalankan bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu. Pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dikalangan murid dijalankan di sekolah.

Oleh itu, Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Batu 48 telah diberi tanggungjawab untuk menjalankan KM1M ini. Semoga aktiviti yang dirancang akan memberi manfaat dan membantu anak didik, Insyaallah.

Majlis Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia telah dirasmikan oleh Puan Guru Besar SK Batu 48 iaitu Puan Azizon Binti Saad. Majlis dimulakan dengan bacaan doa seawal jam 7.30 pagi diikuti dengan ucapan aluan oleh GPM. Sejurus selepas itu, ucapan aluan dan perasmian telah disampaikan oleh Puan Guru Besar menandakan bermulanya KM1M peringkat sekolah bagi tahun 2016.

Majlis diteruskan lagi dengan Program “Jom Baca” iaitu Bacaan Secara Senyap selama 15 minit. Aktiviti ini melibatkan semua murid dan gurdan dijalankan di dewan sekolah. semua murid dan guru telah dimaklumkan untuk membawa sendiri buku cerita untuk program bacaan ini. Persembahan Bercerita oleh murid-murid yang mewakili sekolah turut dilakukan selepas itu.




Adik Lutfi yang hensem dan berbakat..baru tahun 1 tau...

Teacher Is pun buat persembahan tau...


Ni buat ape ramai-ramai....ooooo....baca buku...Besttt.....


No comments:

Post a Comment

 KAJIAN KEBERKESANAN AKTIVITI ANJURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI KALANGAN GURU MOHON GURU-GURU UNTUK MENJAWAB SOAL SELIDIK TERSEBUT. TERIMA...