KEM
KEPIMPINAN PENGAWAS
SK
BATU 48 , 23000 DUNGUN
TAHUN
2017
Kem
Kepimpinan Pengawas pada tahun in merupakan satu aktiviti yang unik kerana
menggabungan ketiga-tiga badan pengawas yang terdiri daripada Pengawas Sekolah,
Pengawas PSS dan Pengawas PRS. Pelaksanaan Kem bermula pada 9 Mac dan berakhir
pada 11 Mac 2017. Kem ini dilaksanakan di Kampus UiTM Cawangan Dungun serta
mendapat kerjasama daripada Fasiilitator jemputan iaitu dari kalangan Pensyarah
dan Penuntut UiTM itu sendiri.
Pelbagai
aktiviti telah dijalankan sepanjang tiga hari berkursus termasuklah sesi
Motivasi Kepimpinan, Latihan Dalam Kumpulan (LDK) serta aktiviti dalaman dan
luaran. Pelbagai input yang berguna telah disampaikan sepanjang tiga hari Kem
dijalankan. Diharapkan agar segala ilmu berguna yang disampaikan dapat
dijadikan panduan dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan.
Semoga
apa yang telah dilaksanakan pada kali ini mendapat pertolongan dan bantuan
daripada Allah swt dan kerjasama dari semua guru. Mudah-mudahan kerja buat kita
semua dinilai oleh Allah swt dengan sebaik mungkin, insyaAllah. Semoga dengan
sikap kekitaan dan kerjasama yang ditonjolkan oleh semua guru dapat memberi
suntikan semangat dan motivasi yang tinggi kepada semua pengawas sekolah dalam
melaksanakan tugasan sebagai pemimpin di sekolah.
MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN
PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH
TAHUN
2017
Pada 19 Februari 2017 yang lalu, satu Majlis Penyerahan
Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah telah selesai dilaksanakan
dengan jayanya bertempat di Dewan Terbuka SK Batu 48. Antara tentative program
tersebut adalah;
·
Dimulai dengan Perhimpunan Rasmi Sekolah
·
Bacaan Asma Ul-Husna dan Nyanyian 4 buah Lagu Patriotik
·
Bacaan Doa yang diketuai oleh Ustaz Ahmad Munif Bin Mohd Amin
·
Ucapan Guru Besar – Pn Hjh Azizon Binti Saad
·
Ucapan dan Perasmian oleh Encik Ahmad Jadid Bin Jusoh selaku
Penolong Pengarah UPKP BTPNT.
-
Watikah pelantikan Pengawas PSS dimulakan
-
Bacaan Ikrar telah
diketuai oleh Ketua Pengawas PSS iaitu Adik Nurul Syazwani Binti Ahmad Shuhaimi
-
Sesi Bergambar.
MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN
PENGAWAS SEKOLAH DAN PRS
TAHUN 2017
Pada 22 Januari 2017 yang lalu, satu Majlis
Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan PRS telah selesai
dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Dewan Terbuka SK Batu 48. Majlis Penyerahan Watikah telah disampaikan oleh Sarjan Kamaruzzaman Bin Hassan selaku Pegawai Polis Perhubungan Sekolah Kebangsaan Batu 48. Seramai 35 orang Pengawas Sekolah dan 28 orang Pengawas PRS telah ditauliahkan memikul tugasan yang diamanahkan. Semoga dengan pentauliahan ini dapat memberikan semangat baru buat mereka semua. Tahniah diucapkan.
KEM KECEMERLANGAN UPSR FASA 1
TAHUN 2017
PENDAHULUAN
Kem Kecemerlangan UPSR merupakan
salah satu wadah dan perancangan badan akademik setiap sekolah dalam memastikan
pencapaian murid yang membanggakan dalam Peperiksaan UPSR. Kem ini saban tahun
dijalankan serta menekankan beberapa pendekatan berpandukan kekuatan dan
kapasiti murid yang menyertai. Kem ini juga adalah salah satu daripada pelan
strategik sepanjang tahun yang dirangka untuk meningkatkan kecemerlangan
murid-murid Tahun 6 dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program ini adalah amat penting untuk
memastikan pencapaian murid sentiasa cemerlang. Program ini telah berjaya
dilaksanakan setiap tahun dengan sokongan pelbagai pihak. Namun, tahun ini
perancangan dimurnikan dengan beberapa program baharu bagi memberi suntikan
motivasi untuk guru dan murid-murid. Setiap warga sekolah sentiasa berusaha
tanpa mengenal erti jemu dalam memastikan setiap aktiviti yang dirancang
berjaya dilaksanakan dan membuahkan hasil kejayaan yang amat membanggakan.
Rentetan itu, Jawatankuasa UPSR telah mengadakan Kem Kecemerlangan UPSR dan
telah dilaksanakan bermula 20 hingga 22 April 2017 bertempat di D’Pengkalan
Resort, Rantau Abang Dungun. Kem ini melibatkan seramai 106 orang calon UPSR
2017. Aktiviti bermula dari jam 8.00 pagi Khamis, 20 April dan berakhir jam 10.30
pagi pada hari Sabtu, 22 April 2017. Pelbagai aktiviti dan pengisian telah
dijalankan sepanjang Kem Kecemerlangan ini dan antara fasilitator yang terlibat
dalam menyampaikan sesi mata pelajaran adalah:
Matematik - En. Pauzai Bin Che Man (PPD Dungun)
Sains
- En. Razak (GB SK Jongok Batu)
Bahasa Inggeris - Pn.Roszita
Binti Mohamad Othman (PK HEM SK Batu 48)
Bahasa Melayu - Fasilitator
Dalaman SK Batu 48
Motivasi - En Musa
PERINGKAT SEKOLAH
TAHUN 2017
‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan
Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang
pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.
Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang
tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat
persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran
Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid.
Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang
ditugaskan untuk menyelaras program ini.
Program ini telah mula
dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau
Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat
Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina
Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.
Pada 19 Februari 2017 yang lalu, Pelancaran Program
Nilam Ditambah Baik telah selesai dilaksanakan dengan jayanya bertempat di
Dewan Terbuka SK Batu 48. Antara tentatif program tersebut adalah;
·
Dimulai dengan Perhimpunan Rasmi Sekolah
·
Bacaan Asma Ul-Husna dan Nyanyian 4 buah Lagu Patriotik
·
Bacaan Doa yang diketuai oleh Ustaz Ahmad Munif Bin Mohd Amin
·
Ucapan Guru Besar – Pn Hjh Azizon Binti Saad
·
Ucapan dan Perasmian oleh Encik Ahmad Jadid Bin Jusoh selaku Penolong
Pengarah UPKP BTPNT.
·
Gimik Pelancaran – Iceberg dan Tandatangan Plak
·
Sesi Bergambar.
MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN
PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH
TAHUN 2017
Pengawas Pusat Sumber Sekolah merupakan kumpulan murid
yang memainkan peranan yang penting dalam kelansungan perancangan dan aktiviti
Pusat Sumber Sekolah (PSS) di sekolah. Mereka merupakan murid-murid pilihan
yang mempunyai ketrampilan dan kecemerlangan baik daripada aspek akademik,
sahsiah mahu pun kokurikulum. Mereka merupakan role model kepada murid-murid
lain. Oleh yang demikian sebagai tanda pengiktirafan, Majlis Penyerahan Watikah
Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah wajar diadakan di setiap sekolah.
Pada 19 Februari 2017 yang lalu, satu Majlis Penyerahan
Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah telah selesai dilaksanakan
dengan jayanya bertempat di Dewan Terbuka SK Batu 48. Antara tentative program
tersebut adalah;
·
Dimulai dengan Perhimpunan Rasmi Sekolah
·
Bacaan Asma Ul-Husna dan Nyanyian 4 buah Lagu Patriotik
·
Bacaan Doa yang diketuai oleh Ustaz Ahmad Munif Bin Mohd Amin
·
Ucapan Guru Besar – Pn Hjh Azizon Binti Saad
·
Ucapan dan Perasmian oleh Encik Ahmad Jadid Bin Jusoh selaku
Penolong Pengarah UPKP BTPNT.
-
Watikah pelantikan Pengawas PSS dimulakan
-
Bacaan Ikrar telah
diketuai oleh Ketua Pengawas PSS iaitu Adik Nurul Syazwani Binti Ahmad Shuhaimi
-
Sesi Bergambar.
Majlis Penyerahan
Watikah Pelantikan Pengawas PSS ini akan memberi suntikan semangat kepada mereka
untuk melaksanakan tanggngjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi demi
memastikan Pusat Sumber Sekolah SK Batu 48 mencapai kecemerlangan dan
kegemilangan dalam alirannya.
MAJLIS PENYERAHAN
WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH
TAHUN 2017
Pengawas, Sekolah merupakan kumpulan murid yang
dihormati di sekolah. Mereka merupakan murid-murid pilihan yang mempunyai
ketrampilan dan kecemerlangan baik daripada aspek akademik, sahsiah mahu pun
kokurikulum. Mereka merupakan role model kepada murid-murid lain. Oleh yang
demikian sebagai tanda pengiktirafan, Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan
Pengawas, wajar diadakan di setiap sekolah.
Pada 22 Januari 2017 yang lalu, satu Majlis
Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan PRS telah selesai
dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Dewan Terbuka SK Batu 48.
·
Dimulai dengan Perhimpunan Rasmi Sekolah
·
Bacaan Asma Ul-Husna dan Nyanyian 4 buah Lagu Patriotik
·
Bacaan Doa yang diketuai oleh Ustaz Ahmad Munif Bin Mohd Amin
·
Ucapan Guru Besar – Pn Hjh Azizon Binti Saad
·
Ucapan dan Perasmian oleh Sarjan Kamaruzzaman Bin Hassan
selaku Pegawai Perhubungan Sekolah.
-
Watikah pelantikan Pengawas Sekolah dan PRS telah
disampaikan.
-
Bacaan Ikrar telah
diketuai oleh Ketua Pengawas Sekolah iaitu Adik Muhammad Arif Bin Abu Razim.
-
Sesi Bergambar.
Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan PRS ini akan
memberi suntikan semangat kepada mereka untuk melaksanakan tanggngjawab yang
diamanahkan dengan penuh dedikasi demi memastikan SK Batu 48 mencapai disiplin
sifar.
MAJLIS PEMUAFAKATAN IBU BAPA PENJAGA
BERSAMA TIMBALAN PEGAWAI PPD
TAHUN 2017
16 JANUARI 2017
Majlis
Pemuafakatan Ibu Bapa/Penjaga dan guru murid-murid tahun 6 adalah merupakan
acara tahunan sekolah dan ianya perlu dirancang dan dilaksanakan awal bagi
memastikan kejayaan murid dan pihak sekolah khususnya. Pada tahun ini, majlis
ini telah diadakan pada 16 Januari 2017 iaitu pada hari Isnin. Majlis ini
berlangsung di Bilik Mesyuarat SK batu 48 dan dirasmikan oleh Timbalan Pegawai
Pendidikan Daerah Dungun sendiri iaitu En Abdul Mubin Bin Ismail. Majlis ini bermula
dengan sesi pendaftaran ibu bapa seawal jam 9.15 pagi dan berakhir pada jam
12.30 tengahari.
Program ini
dilaksanakan bertujuan untuk mewujudkan hubungan dua hala antara guru-guru dan
ibu bapa murid tahun 6 dalam memastikan kejayaan yang cemerlang dalam UPSR.
Program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang
program- program yang telah dirancang oleh pihak sekolah dengan kerjasama PIBG
bagi menghadapi peperiksaan. Pada majlis ini juga, satu sesi motivasi yang
telah disampaikan oleh En Abdul Mubin Bin Ismail turut menekankan agar Ibu bapa
perlu lebih fokus dan dapat memberi perhatian yang lebih terhadap anak-anak.
Beliau juga berharap agar ibu bapa/penjaga dengan pihak sekolah akan saling
bekerjasama serta bermuafakat dalam melaksanakan sesuatu program yang
dirancang.
Program ini
mendapat sambutan yang amat menggalakkan oleh ibu bapa murid tahun 6 dimana
lebih kurang 65 orang ibu bapa/penjaga yang telah hadir. Di harapkan pencapaian
UPSR bagi tahun ini adalah lebih baik dari tahun 2016 memandangkan format
baharu UPSR lebih menekankan unsur KBAT dalam penilaian peperiksaan.
Program ini
dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis iaitu Puan Rohana Binti Awang selaku
Penyelaras UPSR, seterusnya ucapan ringkas daripada Pengerusi PIBG sekolah
iaitu En Che Hat Bin Ali. Majlis seterusnya diteruskan dengan ucapan iaitu Puan
Hjh Azizon Binti Saad dan sesi motivasi keibubapaan oleh En Abdul Mubin Bin
Ismail selaku Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Dungun. Seterusnya, pembentangan
aktiviti-aktiviti sepanjang tahun oleh En Rusmadi Bin Abdullah selaku Penolong
Kanan Pentadbiran. Majlis diteruskan dengan sesi soal jawab bersama ibu bapa.penjaga
sebelum majlis bersurai.
Semoga program
yang dijalankan ini dapat memberi pendedahan kepada para ibu bapa dan warga
sekolah dalam memastikan kejayaan murid-murid tahun 6 dalam peperiksaan UPSR
2017.
PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH PERINGKAT SEKOLAH
TAHUN 2017
Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program
kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia
(PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid.
Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai
Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Komitmen antara pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
melalui peranan sekolah dan pihak PDRM membuktikan keberkesanan kedua-dua pihak
dalam usaha penguatkuasaan undang-undang dan mencegah salah laku dalam kalangan
murid. Jalinan yang mantap antara kedua-dua pihak dapat memastikan risiko salah
laku dalam kalangan murid semakin menurun selaras dengan konsep sekolah selamat
dan Amalan Guru Penyayang. Kehadiran PPS melalui program JOM KE SEKOLAH pada
awal persekolahan 2017 ini diharapkan akan menjadi medan ke arah membentuk
sahsiah diri murid yang lebih positif.
OBJEKTIF
- Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan pihak PPS
- Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.
- Membugarkan kembali penggunaan Peti Aduan Murid seperti yang telah diarahkan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8 Tahun 2010 KP(BPSH- SPDK)201/005/01/ Jld.2(19) bertarikh 29 Julai 2010
Pada 5 Februari 2017 yang lalu,
Jawatankuasa Hal Ehwal Murid SK Batu 48 dengan kerjasama PDRM telah mengadakan
pelancaran ini. Majlis Pelancaran ini telah dilaksanakan bertempat di dewan
terbuka sekolah. Majlis ini turut dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG SK Batu 48
iaitu En Che Hat Bin Ali. Pada majlis yang sama,turut diadakan Pelancaran Peti
Aduan Murid yang bertujuan untuk memastikan masalah disiplin di peringkat
sekolah akan dapat dibanteras.
GOTONG ROYONG MEMBANTERAS AEDES
PERINGKAT SEKOLAH
TAHUN 2017
Gejala
penyakit demam denggi semakin meningkat pada masa ini. Antara tanda-tanda demam
denggi adalah demam kuat yang mengejut dan berlarutan, sakit teruk pada
tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi dan biji mata, ruam merah di kulit serta
pendarahan di bawah kulit, pada hidung dan gusi. Bagi mengurangkan dan
mengelakkan daripada gejala ini semakin berleluasa, satu telah diadakan bagi
membasmi pembiakan nyamuk aedes di sekitar sekolah. Gotong Royong ini
dijalankan selepas berakhirnya aktiviti Merentas Desa yang dijalankan serentak
pada hari yang sama.
Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah dengan Kerjasama Kelab
Doktor Muda telah merangka dan membentuk perancangan dan jawatankuasa kerja
satu untuk memastikan kawasan sekolah bebas daripada ancaman daripada aedes dan
denggi. Beberapa
check-point/Stesen yang telah diagihkan kepada murid-murid serta diiringi oleh
guru-guru yang bertugas Untuk mencapai matlamat
tersebut, pada 9 Februari 2017, guru-guru bersama murid-murid SK Batu 48 telah
membersih kawasan sekolah dengan jayanya. Murid-murid dan guru telah dibahagikan
kepada tujuh kumpulan, dengan setiap kumpulan bertanggungjawab untuk membersih,
mengutip dan membuang apa sahaja bahan yang berpotensi untuk menjadi tempat
pembiakan nyamuk aedes dalam kawasan masing-masing di luar pagar sekolah.
AGIHAN PERANTI DONGLE YES KEPADA GURU-GURU SK BATU 48
18 JANUARI 2017
Projek Perkhidmatan 1BestariNet (1BestariNet) merupakan satu inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama YTL Communications Sdn. Bhd. untuk menggantikan dan menambah baik sistem rangkaian ICT di sekolah-sekolah. Ia adalah suatu penambahbaikan kepada perkhidmatan SchoolNet yang telah tamat pada 31 Disember 2010 dengan menekankan aspek perkhidmatan rangkaian end to end solutions (E2E) dan Virtual Learning Environment (VLE). Projek ini melibatkan 10,000 buah sekolah yang dilengkapi dengan akses internet berkelajuan tinggi dan platform pembelajaran maya yang mengaplikasikan jaringan internet berkelajuan tinggi serta akses kepada penyelesaian pendidikan bersepadu bertaraf dunia. 1BestariNet akan mengubah platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara murid di kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan pendidikan berteraskan internet yang berkualiti kepada semua rakyat Malaysia.
Inisiatif Kerajaan ini bakal menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang dilengkapi dengan akses internet mudah alih 4G dan VLE sedia ada di semua sekolah seluruh Malaysia. 1BestariNet mempunyai impak sebagai pemangkin utama kepada penembusan internet serta unjuran dalam peningkatan pendapatan negara. Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan kerjasama pakar runding Boston Consulting Group (BCG) telah melaksanakan Kajian Impak Projek SchoolNet dan Peranan ICT dalam Pendidikan pada tahun 2010. Berdasarkan kajian tersebut, UPE telah mencadangkan 22 penambahbaikan kepada inisiatif ICT Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). KPM juga telah melaksanakan proof of concept (POC) teknologi capaian internet yang merangkumi teknologi Asymetric Digital Subscriber Line (ADSL), Fiber, Wireless dan Very Small Aperture Terminal (VSAT) di 109 buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Berasrama Penuh (SBP/Sains), Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Sekolah Kurang Murid (Asli).
Bagi membiayai pelaksanaan projek ini, KPM telah memperuntukkan sejumlah RM310 juta daripada First Rolling Plan RMKe-10 (Tahun 2011) iaitu di bawah butiran 08100 - Bahagian Teknologi Pendidikan Projek SchoolNet (RM196 juta), Broadband sekolah (RM102 juta) dan Local Area Network (RM12 juta). Bagi pembiayaan projek ini bagi tahun 2012 dan berikutnya, KPM telah mengemukakan permohonan peruntukan dalam Second Rolling Plan RMKe-10 iaitu sejumlah RM347 juta setahun.
Pada 18 Januari 2017 yang lalu, satu majlis ringkas telah selesai dijalankan bagi menyerahkan Dongle Yes Fasa ke 2 bertempat di Bilik Mesyuarat SK Batu 48. Agihan dongle tersebut telah disampaikan oleh Penolong Kanan 1 mewakili Tuan Guru Besar kepada 20 orang guru yang terlibat. Dongle Yes tersebut akan digunakan oleh guru dalam melaksan serta memantapkan lagi sesi pengajaran guru di dalam kelas seiring dengan seruan kerajaan bagi melaksanakan PdP Abad 21 di setiap sekolah.
Adalah diharapkan dengan penerimaan Dongle ini, guru-guru akan lebih bersemangat untuk melaksanakan PdP di dalam kelas serta dapat membantu murid-murid untuk lebih fokus terhadap sesi pembelajaran mereka.
PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 TAHUN 2017
Program Transisi
Tahun Satu merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu murid
menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika
kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dalam masa yang
sama program ini juga dapat memastikan agar semua murid Tahun Satu yang
datangnya dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza akan
dapat memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap pencapaian yang
hampir sama
MATLAMAT PROGRAM
Program Transisi
Tahun Satu akan dapat :
1. Membimbing murid
melalui fasa alam tadika kepada alam persekolahan secara formal.
2. Menyediakan dan
membantu murid-murid menyesuaikan diri dengan situasi
persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan
baru dalam masa yang singkat.
3. Menarik minat
murid untuk berasa seronok untuk datang ke sekolah untuk belajar
OBJEKTIF
Di akhir program,
murid-murid dapat:
1. Mengembangkan
sosio-emosi dan menyesuaikan diri kepada persekitaran
pembelajaran yang formal.
2. Dapat mengenalpasti
potensi dan minat murid dari awal sesi persekolahan dari segi
kognitif, kebolehan, kecenderungan dan keupayaan murid
dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran.
3. Membimbing murid
Tahun 1 berkaitan amalan, budaya dan adab ketika berada di
sekolah.
4. Mengeratkan hubungan
dengan para guru supaya proses pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
Bermula 1 Januari – 12 Januari yang lalu,
Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama JK Transisi Sekolah yang
diketuai oleh Puan Azura telah melaksanakan pelbagai aktiviti Transisi untuk
semua murid Tahun 1. Pelbagai aktiviti dan program telah dirancang dan
dilaksanakan seperti aktiviti mewarna, mengenal huruf serta lain-lain aktiviti yang telah ditetapkan oleh KPM. Dengan adanya
program transisi ini, murid-murid tahun 1 telah kelihatan lebih berdikari serta
bersemangat untuk meneruskan sesi persekolahan yang kelihatan masih baharu
dikalangan mereka. Aktiviti Orientasi PSS serta Sukaneka juga turut diadakan pada
tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya.
Selain itu juga,
Kemampuan murid-murid Tahun Satu membina dan mengaplikasikan kemahiran berfikir
secara aktif melalui aktiviti berkumpulan dan saling bantu membantu di antara
satu dengan lain serta penglibatan yang menyeluruh dalam aktiviti-aktiviti yang
dirancang awal lagi menunjukkan Minda Cergas. Dalam masa yang sama, murid-murid
juga diharapkan dapat meningkatkan perasaan ingin tahu mereka melalui
aktiviti-aktiviti yang mencabar serta bersesuaian dengan tahap umur dan
pencapaian sedia ada. Selain dari itu melalui aktiviti-aktiviti tersebut akan
wujud proses komunikasi yang dapat meningkatkan tahap keyakinan diri di
kalangan murid di samping dapat memantapkan pemupukan nilai- nilai murni yang
ada atau yang dibawa dari pra sekolah.
No comments:
Post a Comment