SEJARAH






MAKLUMAT SEKOLAH

NAMA SEKOLAH    : SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 48
GRED SEKOLAH    : GRED A
KOD SEKOLAH       : TBA 1025
JARAK SEK KE       : 1 KM
BANDAR DUNGUN
KATEGORI              : SEKOLAH RENDAH
NAMA PKG             : PUSAT KEGIATAN GURU SERI DUNGUN
NAMA G.BESAR     : PUAN HAJJAH AZIZON BINTI SAAD

NAMA GPM             : PUAN NORAZIMAH BINTI AB GHANI
PENGALAMAN        : 9 TAHUN
BILANGAN GURU   : 52 ORANG
BILANGAN MURID  : 671 ORANG
JUMLAH NASKHAH
BUKU DI PSS          : 10116 BUAH BUKU



MOTTO SEKOLAH
BERSAMA KITA JAYAKAN


SLOGAN SEKOLAH

ELIT DAN BERWATAK


VISI PSS
PUSAT SUMBER ELIT DAN GEMILANG 2017


SLOGAN PSS
PUSAT SUMBER DIHATIKU








SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Batu 48 diberi nama sesuai dengan lokasinya yang terletak kira-kira 48 batu dari Kuala Terengganu.Ia dibuka pada 5 januari 1969 di atas tanah seluas 2.94 ekar  dengan dua buah bangunan kayu yang mengandungi 6 buah  bilik darjah dan sebuah pejabat.Bilangan gurunya pada masa tersebut seramai 7 orang dan murid-muridnya pula  seramai 250 orang.

Semenjak ia dibuka, bilangan muridnya sentiasa bertambah yang menuntut kepada pertambahan bilangan bangunan .Pada tahun 1993 SK Batu 48 telah mempunyai 5 buah bangunan termasuk bangunahan tambahan bagi  menampung keperluan bilik darjah yang semakin mendesak  dan seterusnya mula beroperasi sebagai sekolah dua sesi.Pada tahun 1996 muridnya telah mencecah kepada 1556 orang. Sepanjang tempoh tersebut ia telah diterajui oleh 9 orang Guru Besar dengan perbagai usaha dan pendekatan dilakukan untuk menjadikan SK Batu 48 sebagai sebuah sekolah yang terbilang dan berjaya mengukir kejayaan melahirkan anak-anak didik yang terbilang.

Pada hari ini SK Batu 48 mempunyai 52 orang guru dan 671 orang murid. Dibawah kepimpinan pengurusannya yang baru iaitu Pn.Hjh Azizon Binti Saad pada tahun 2012,  warga sekolah telah menggubal visi yang baru sesuai dengan tuntutan semasa iaitu menjadi kan SK Batu 48 sebagai sekolah Elit dan Berwatak yang berjaya melahirkan insan syumul dengan  cara meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pelaksanaan semua program sekolah. Ia adalah suatu cita-cita yang besar yang menuntut kesediaan seluruh warganya untuk berubah bagi mejadikannya sebuah realiti. Visi yang dikongsi bersama menjadi inspirasi yang menggerakkan warganya  berkerja keras mencapai matlamat dan berjaya menjadikan halangan sebagai satu peluang.

Dalam bidang kurikulum, SK Batu 48 sentiasa cemerlang dalam peperiksaan khususnya UPSR. Pencapainnya yang terbaik  adalan pada tahun 2007 apabila 30 orang muridnya atau 18.4% mendapat 5A. 3 orang telah mendapat tempat di sekolah berasrama penuh dan sekolah–sekolah terpilih manakala salah seorang muridnya telah menjadi perintis ke Sekolah Seni Johor Bharu. Kejayaan demi kejayaan ini dihasilkan oleh keberkesanan program yang di susun samada di bidang kurikulum, kokurikulum dan Hal Ehwal Murid.

Penerapan budaya positif di kalangan guru,murid ,kakitangan dan seluruh warga sekolah sangat penting dalam menjayakan usaha. Sikap yang positif,kepatuhan yang tinggi  serta keinginan yang besar untuk berjaya bertatahkan budi pekerti yang mulia akan mewujudkan iklim yang kondusif dan harmoni untuk bekerja. Kejayaan-kejayaan sekolah dalam pelbagai bidang dan penampilan sekolah yang kemas, cantik, bersih dan indah membangkitkan rasa bangga serta kasih terhadap sekolah di kalangan murid dan warganya. Faktor-faktor inilah yang turut membantu melonjakkan lagi usaha mencapai kecemerlangan.

Melalui perancangan yang kemas, tindakan yang berkesan serta kesungguhan yang tinggi untuk berjaya, berserta keupayaan pengurusan menggerakkan seluruh warga sekolah mengejar matlamat, Insya Allah hasrat  SK Batu 48 untuk menjadi Sekolah Elit Dan Berwatak  Menjelang 2017 akan tercapai.





SEJARAH PENUBUHAN PUSAT SUMBER SEKOLAH



            PSS sekarang mula beroperasi pada tahun 1969. Dahulunya PSS hanyalah terletak di Blok B yang menempatkan segala pusat aktiviti sumber dijalankan. Secara keseluruhannya, keluasan PSS ini ialah 145 kaki pnjang dan 25 kaki lebar. Ia mempunyai lima bahagian utama iaitu :
a)    Bilik perpustakaan
b)    Bilik Tayangan
c)    Bilik Bahan Bantu Mengajar
d)    Bilik Komputer
e)    Pondok SALC

Pada peringkat awal, pergerakan dan aktiviti di PSS SK Batu 48 adalah agak perlahan dan terbatas. Kemudahan dan peralatan yang terdapat di PSS pula sangat terhad dan ruangnya yang agak sempit. Namun keadaan tersebut telah mula berubah apabila pengurusan diambil alih oleh Guru Besar Tuan Haji Dait Bin Mohamad.

Bagi menjamin tanggungjawab teras ini dapat dilaksanakan, pihak pengurusan Pusat Sumber Sekolah berperanan secara aktif dalam mengurus sumber seperti guru-guru, kakitangan, pelajar, harta modal dan bahan-bahan maklumat dan teknologi melalui prosedur dan tindakan yang terancang. Pengurusan Pusat Sumber Sekolah yang cekap dan sistematik dapat memberi impak perkhidmatan yang efektif kepada semua pengguna yang terdiri daripada pelajar, guru dan kakitangan termasuk lain-lain ‘stake holders’.

Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Batu 48 bermula dengan sebuah bilik yang digunakanuntuk pelbagai kegiatan dan aktiviti seperti surau, bilik tayang serta bilik tayang. Bilik bacaan induk tersebut hanya berkeluasan sebuah bilik darjah dan mampu menampung seramai 30 orang pelajar pada satu masa.

Bermula pada tahun 2013, PSS Induk mula beroperasi di bangunan baru dilengkapi dengan Bilik Tayang, Bilik BBM, Bilik SAL serta Bilik Nilam. Kini PSS induk dapat menampung 180 orang pelajar dalam satu-satu masa.

Pelbagai kemudahan untuk pemerolehan maklumat disediakan di PSS induk dan koridor-koridornya. Selain dari bahan cetak konvensional, PSS turut dilengkapi dengan kemudahan ICT. Perpustakaan misalnya ditempatkan sebuah komputer dengan dilengkapi dengan Sistem Windows 7 dan disambungkaan dengan jaringan Internet melalui Zoom Yes yang disambungkan dari Bilik Guru. Dengan adanya kemudahan tersebut juga, capaian internet boleh dibuat di seluruh kawasan sekolah. Sementara itu, sistem pengautomasian S-Lib pula telah diguna pakai di sekolah ini bermula pada tahun 2015. Sistem tersebut masih lagi berfungsi dengan baik dan merupakan salah satu inovasi awal yang digunakan oleh Pusat Sumber Al-Hidayah. Penyediaan kemudahan dan perkhidmatan yang berkesan inilah yang telah menjadikan PSS Sekolah Kebangsaan Batu 48 menjadi sebuah PSS yang cemerlang pada masa akan datang.

Melalui penjenamaan semula Pusat Sumber sekolah iaitu Pusat Sumber Al-Hidayah pada Tahun 2017, maka tidak hairanlah apabila PSS SK Batu 48 telah muncul sebagai PSS terbaik dan telah menerima anugerah dari tahun 2013 hingga 2014 melalui pertandingan yang disertai di peringkat daerah Dungun khasnya.


& Lokasi PSS



Terletak di Aras 2, Blok B dan Bangunan Berasingan bagi Makmal Komputer




LOKASI SEKOLAH






SENARAI GURU BESAR SK BATU 48






BIL
TAHUN
GURU BESAR
1.
1969-1970
HJ ISMAIL BIN AMBAK
2.
1970-1971
PN CHENDANA BIN ABD RAHMAN
3.
1971-1986
HJ ABD GHANI B LONG PPN, PJK
4.
1986-1987
HJ WAN HUSIN B NGAH PPN, PJK
5.
1987-1992
HJ AZAM B MOHAMAD PPN, PJK
6.
1992-1999
HJ MOHAMAD B ABD.RAHMAN AMN, PJK.
7.
1999-2000
HJH KAMARIAH BT YUSOF PPN, PJK
8.
2000-2006
TN HJ DAIT B MOHAMAD
9.
2006- 2012
PN HJH CHE KUHASNAH BT C.W.ABDULLAH
10.

2012 - SEKARANG
PN HJH AZIZON BINTI SAAD





























§  Keterangan Lencana Sekolah
§  Rekabentuk

1.  Obor         : Melambangkan  disiplin ke arah
                mematuhi peraturan, bertanggungjawab dan  
                bertindak wajar.
2.  Buku        : Menggambarkan ketekunan dan
                    kegigihan serta  usaha lebih produktif.
3.  Gelung     : Melambangkan semangat kekitaan
                yang disemai antaranya hormat    
                menghormati, tolong-menolong dan
                bekerjasama serta bermuafakat.
   Warna:

1.  Putih           - Keikhlasan, kekjujuran dan amanah.
2.  Biru             - Kesefahaman dan permuafakatan
3.  Kuning        - Bersatu menuju wawasan

4.  Merah         - Ketabahan menghadapi cabaran






 BENDERA SEKOLAH


Ukuran:
Panjang  : 170 cm
Lebar       : 80 cm

Keterangan Warna:

·       Biru melambangkan warna utama dan melambangkan daerah Dungun.

·       Di tengah bendera terdapat logo sekolah.








Moto Sekolah

&      Bersama Kita Jayakan



Visi Sekolah

&      Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
&      Bahawa sesungguhnya wawasan Sekolah
   Kebangsaan Batu 48, Dungun ialah Pendidikan 
   Berkualiti, insan Terdidik, Negara Sejahtera.



Misi SK Batu 48

&      Membangunkan Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
&      Bahawa sesungguhnya Misi Sekolah Kebangsaan Batu 48,  
       Dungun ialah Melestarikan sistem yang Berkualiti
   untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi
   Aspirasi Negara.










PIAGAM PELANGGAN PSS


Kami Warga Sekolah Kebangsaan Batu 48, Dungun dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan ;

1.   Memberikan peluang pendidikan yang adil, mesra dan berkualiti terhadap semua
     kanak-kanak di sekolah tanpa mengira tahap pencapaian dan latar belakang sosial 
     serta bangsa.
2.  Guru dan kakitangan mengamalkan amalan-amalan yang positif dalam bekerja,
      bertanggungjawab, tekun, pantas, gigih, teguh beriman, menepati masa dan
      mementingkan kualiti.
3.   Memastikan semua guru berketerampilan dan menguasai kandungan kurikulum
      yang terkini.
4.   Memastikan murid-murid berkemahiran, mempunyai jati diri yang tinggi, bersih,
      berakhlak mulia, ihsan dan sayangkan sekolah dan diberi peluang untuk
      memperkembangkan bakat semua bidang serta mencapai potensi diri.
5.    Melahirkan semua murid menguasai 3M, kemahiran mena’akul  cemerlang
       akademik, berjasa kepada ibubapa, guru,sekolah dan bangsanya dan berjaya
       mengangkat martabat sekolah.
6.     Memberi perhatian terhadap kebajikan dan kepentingan murid, guru dan
        kakitangan.
7.     Mengujudkan persekitaran yang selamat, ceria dan kondusif serta berbudaya ilmu
        di sekolah.
8.     Guru dan kakitangan menghulurkan perkhidmatan yang penyayang, berbudi mulia
        dan merendah diri.  Memberikan layanan yang mesra, cepat dan adil kepada
        semua pelanggan yang datang berurusan.







LAGU SEKOLAH


SK Batu 48
Sekolah Kebanggaan Kami
Lahirkan Anak Bangsa Mulia
Capai Wawasan Negara

Kami Tunggak Pewaris Bangsa
Berwawasan Semangat Waja
Beriman, Beramal, dan Berilmu
Menuju Ke Alaf Baru

BACA, TULIS, KIRA
BERAKHLAK MULIA
DISIPLIN HARMONI
DASAR FALSAFAH KITA

Kami Amalkan Cogan Kata
Ilmu Bimbingan Hidup Semua
Keunggulan Dicipta Bersama
Membangun Negara Tercinta

















No comments:

Post a Comment

 KAJIAN KEBERKESANAN AKTIVITI ANJURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI KALANGAN GURU MOHON GURU-GURU UNTUK MENJAWAB SOAL SELIDIK TERSEBUT. TERIMA...