PROGRAM KEM MEMBACA 1MALAYSIA
PERINGKAT SK BATU 48
PADA 4 - 6 APRIL 2017
Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M)
merupakan satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia dijalankan
bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu.
Pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dikalangan murid dijalankan
di sekolah.
Oleh itu, Pusat Sumber
Sekolah Kebangsaan Batu 48 telah diberi tanggungjawab untuk menjalankan KM1M
ini. Semoga aktiviti yang dirancang akan memberi manfaat dan membantu anak
didik, Insyaallah.
Majlis Pelancaran Kem Membaca
1Malaysia telah dirasmikan oleh Puan Guru Besar SK Batu 48 iaitu Puan Azizon
Binti Saad. Majlis dimulakan dengan bacaan doa seawal jam 7.30 pagi diikuti
dengan ucapan aluan oleh GPM. Sejurus selepas itu, ucapan aluan dan perasmian
telah disampaikan oleh Puan Guru Besar menandakan bermulanya KM1M peringkat
sekolah bagi tahun 2016.
Majlis
diteruskan lagi dengan Program “Jom Baca” iaitu Bacaan Secara Senyap selama 15
minit. Aktiviti ini melibatkan semua murid dan gurdan dijalankan di dewan sekolah. semua murid dan
guru telah dimaklumkan untuk membawa sendiri buku cerita untuk program bacaan
ini. Persembahan Bercerita oleh murid-murid yang mewakili sekolah turut
dilakukan selepas itu.
Adik Lutfi yang hensem dan berbakat..baru tahun 1 tau...
Teacher Is pun buat persembahan tau...
Ni buat ape ramai-ramai....ooooo....baca buku...Besttt.....